Friday 15 February 2013

Hadis Rasulullah saw dan Firman Allah swt


         Asalamualaikum dan hye, Ini kali pertama Raja buat blog. Harap korang suka :') Semua orang tahu, sebelum Rasulullah saw wafat. Rasulullah tidak wasiatkan harta tapi Rasulullah wasiatkan sunnah, Hadis dan Al-Quran :') Sambil Baca tu. Sambil Hafal ye kalau boleh :'D (PERHATIANSILA TANYA KEPADA PARA AHLI ILMU JIKA TERDAPAT SEBARANG KEMUSYKILAN, KEKELIRUAN ATAUPUN TIDAK FAHAM)

HADIS-HADIS RASULULLAH SAW:

* Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik bagi keluarganya dan aku adalah yang paling baik bagi keluargaku”                                                                                              

* Rasulullah bersabda: "Seorang Apabila Mengkafirkan Saudaranya, Maka Kembalilah Kekufuran Itu Kpd Salah Seorang Drpd Keduanya"(H.S.R. Muslim)

* Rasulullah SAW bersabda: "Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akn hidup selamanya, dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akn mati keesokan hari"

* Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa pegang zakarnya (Kemaluan) sendiri. Maka batal lah wudhuknya (Lelaki)

* Rasulullah saw bersabda: "mana-mana muslimah memegang para'q (Kemaluan) nya sendiri maka batal lah wuhuk nya (Perempuan)

* Rasulullah saw bersabda: "Al ulama (orang berilmu) warotsatul anbia"
Maksudnya: Ulama itu pewaris Nabi, walaupun, tidak maksum :')

*  Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT, dengan mendengar dan taat, meskipun yang memerintahkan kamu adalah seorang budak dari Habsyah. Kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat sesudahku, maka hendaklah kamu berpegang pada Sunnah-ku dan Sunnah-Khulafa ur rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah perkara-perkara baru, sesungguhnya setiap bid’ah (perkara baru dalam agama) adalah sesat” (0040) Sahih Ibnu Majah

* Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah orang yang menyaksikan di antara kalian menyampaikan kepada orang yang tidak hadir dari kalian.” (0193) Sahih Ibnu Majah

*  Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Barangsiapa berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” (0174) Sahih Ibnu Majah

*  Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka”(MUTAWATIR)

FIRMAN ALLAH SWT:

* Allah swt berfirman: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki mahupun perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan dalam urusan mereka, mereka memilih pilihan lain. Barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, sungguh, dia telah nyata-nyata sesat.” (Q.S. Al Ahzab: 36)

* Allah swt berfirman: “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Hujuraat:1)

* Allah swt berfirman: “Katakanlah, ‘Taatilah Allah dan Rasul-Nya! Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.” (Q.S. Ali Imran: 32)

* Allah swt berfirman: “Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya; janganlah kamu berbantah-bantahan, kerana akan menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Q.S. Al Anfal: 46)

* Allah swt berfirman: “Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang ia kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya dan mendapatkan siksa yang menghinakan.” (Q.S. An Nisa’: 13-14)

AS-SUNNAH:
Diantara pengetahuan yang sangat penting, namun banyak orang melalaikannya, iaitu bahawa As-Sunnah termasuk dalam kata ‘Adz-Dzikr’yang termaktub dalam firman Allah Al-Qur`an surat al-Hijr ayat 9, yang terjaga dari kepunahan dan ketercampuran dengan selainnya, sehingga dapat dibezakan mana yang benar-benar As-Sunnah dan mana yang bukan.

Dalil-dalil yang Menunjukkan Terpeliharanya As-Sunnah:
Firman Allah swt:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz-Dzikr, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Q.S. Al-Hijr:9)

Allah swt berfirman: "Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia"(Surah [22] AL HAJJ : Ayat 78)

Allah swt berfirman: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah"(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)

TAMBAHAN: 

* Tanya diri anda, Adakah anda dah mengenali Allah swt dengan betul?
* Adakah anda dah buat perintahnya?
* Adakah anda mengenali Rasulullah dengan betul?
* Adakah anda amalkan sunnahnya?
* Adakah anda menyampaikan hadis-hadisnya?

Ingatlah Allah itu maha besar lagi maha penyanyang. Allah juga maha pengampun. Bertaubatlah selagi sempat. Pintu taubat sentiasa terbuka. Allah sentiasa berada di hati awak. Jika awak dalam kesusahan berdoalah kepadanya. Insyaallah, Allah akan mempermudahkan masalah awak

dan lagi satu, Ibubapa jangan diabaikan. Ingatlah jasa mereka pada kita. Mereka menjaga kita sampai kita besar. Lagi-lagi Ibu, Ibu kena selalu diutamakan kerana Syurga di telapak kaki ibu. Allah menjanjikan syurga untuknya jika menjaga ibubapa sehingga ibubapanya meninggal dunia. Take a note :')

PENGAKHIRAN:

Terima Kasih kepada yang sudi membaca blog Raja. Raja harap korang Insaf seketika dan amalkan sunnah Rasulullah. Sayang Korang. Asalamualaikum :')